Salam semua...
Hari ni aku bosan lagi dengan kerja....
Kerja tak menentu.....
Masih duk tunggu transfer letter....
Bosan...bosan...
Wednesday, May 12, 2010
Saturday, July 11, 2009
Ayahanda yang aku kenal
Ayahanda yang aku kenal
Aku tertidur sebentar
Tiba-tiba aku berada di kebun langit itu,
Ayahanda panggil akuBersolat bersama
Aku malas aku biarkanAyah aku mengadap Allah
Hati aku tiba-tiba hiba
Hati aku tiba-tiba sayu
Aku dengar doa itu,
Doa Ayah ku
Doa di lautan tujuh itu
Begini bunyinya…
Ya Rabbi!
Duhai Allah
Yang menguasai langit dan bumi
dan menciptakan diri ini
Yang menetapkan jantung ini
Yang memberikan nikmat yang tiada bertepi
Engkau lah yang mencipta dan menguruskan diri ini setiap waktu
Rabb!
Buka kan hati ni agar selalu sedar
Bahawa diri ini milikMu,
Jangan biarkan kelebihan yang Kau kurniakan
membuatkan aku ujub,riak,
dan takburRabb!
Jangan engkau biarkan pemberian MU memperguna
diri ini
Betapa pun dunia ini engkau berikan.
Jangan biarkan dunia ini mengisi hati ini
Cukupkan hati ini hanya engkau ya Allah
Jangan biarkan pujian dan penghargaan mahluk-mahluk Mu
mencuri hati ini
Jangan biarkan kedudukan mencuri hati ini
Ya Allah izinkan hati ini hanya untuk MU
Hanya kerana MU
Hanya merindukan Mu
Hanya berharap pada Mu
Tiada tuhan selain Engkau Pencipta Diri ini
Tiada tuhan melainkan Mu Ya Allah
Aku melihat suci hati Ayah ku
Aku terus meluru Bangun memeluknya
Ayah ku yang tercinta
Ayahanda ku terus mencium dahi ku
Airmatanya mengalir laju
Aku paham harapanya itu
Pesan ayahku
Mudah-mudahan anak ku ini
Tubuhnya lekat pada dunia,
tapi hatinya lekat dan mencintai Allah Maha Esa
Semoga apa yang aku berikan itu
kamu manfaatkan senantiasa
Dalam pelukan itu
Ayahku sempat bertanya
Kamu dah jumpa Dia?
Aku hanya mampu tersenyum
Lidah ku kelu tidak terkata.
azhar a.k.a curasimanjakinis-sasterawan.com
Gula yang ku makan itu manis rasanya
Gula yang ku makan itu manis rasanya
Wahai sahabat kuyang sedang lena beradu
tidakkah engkau inginmemegang seraut wajah-NyA
tidakkah engkau tahu erti kecintaan pada wujud yang Ada.
wahai sahabatk uyang sedang lena beradu
tidakkah engkau teringinmerasa kemanisan malam itu
tidakkah engkau tahu ianya semanis gula
wahai sahabatku yang diselubungi selimut busuk itu
tidakkah engkau rasa badan mu berbau busuk
tidakkah engkau rasa hampirnya nisan itu
wahai sahabatku marilah bersamaku
melempar katatentang Agung dan Perkasa-NyA
tentang Kasih dan Sayang-Nya
tentang lemah dan hinanya kita atas dosa dan noday ang pernah kita percikkan dulu...
azhar a.k.a curasimanjakini(jalan pulang itu ada........)
e-sasterawan.com
RAMADHAN DATANG LAGI
Sedang aku leka dalam pelukan-Mu
Rejab ghaib di dada langit
Syaaban tenggelam disebalik awan
lalu ku lihat selangit tamar
ditanam dibibir jauhari
diukir secawan zikir taman hati
dilafaz bersama sekalung kalimah suci
lalu azan subuh mendakap kalbu
di sini cinta melaut kembali
ibarat selautan kasturi
lalu terbuka pintu-pintu langit
indah lagi berseri
Ramadhan datang lagi
lapar dahaga iman diuji
sesaat rindu kasih menanti
dalam debar cinta bersemi
Terawih menunggu di malam hari.
EPILOG CINTA
Epilog Cinta....
Aku bersendirian dikamar yang indah ini
dengan hamparan sungai-sungai permata,
berdindingkan bukit-bukau menghijau,
bertemankan tasbih dan kitab suci.
Lalu aku ukir pada taman hati ini
zikir-zikir dan munajat
untuk renungan mereka yang halus hatinya
dan dekat hatinya pada Allah.
Sejauh mana pun kita terbang,
namun sebenarnya hanya bersandar pada Dia
kita dapat melihat kalbu-kalbu bersayap riang
dikerumuni pohon-pohon zaitun yang manis rasanya.
Di situ wujud diri adalah seikhlas hati
dalam menerangi insan-insan lain
dalam melihat kewujudan Maha Suci Allah.
Dari situ kita bongkar rahsia-rahsia
dalam sujudyang penuh kusyuk
lalu disampaikan hajat dan mengadu keluhan hati
yang tidak terjangkau oleh akal manusia ini.
Tatkala itu, kalbu-kalbu mula terasa rindu
pada dia yang kekal abadi.
Suara-suara hati kita mula berasa
getarakan sulaman cinta bersama-Nya.
Zikir-zikir kasih berbaris-baris tunduk
dan sujud pada Allah,
lalu perasaan hati kita tenang
setenang tujuh lautan yang berdiri diatas Zat-Nya.
Dimalam yang barakah yang penuh barakah itu,
titipkan hati ini pada kalam-kalam Allah
dan pujian itu adalah pada-Nya.
Lalu kita puji Muhamad
kerana dia lah kekasih Allah
dan Muhamad itu menyimpan rahsia-rahsia Allah.
Tangisan yang menyapa pipi
dikala berzikir memberi pengakuan
kecintaan ini pada Allah.
Lalu kita rasa sungguh terharu,
kenapa perlu bongkak
sedangkan pada Dia wujudnya diri kita
Lalu sedalam-dalam taubat itu kita luhurkan
pada nadi-nadi yang bersuara
didinding dosa yang mohon keampunan.
Pada malam itu, kita bersedia
dan terus bersedia mengabdikan diri pada Allah.
Dipersinggahan bulan yang mulia
yang datang sekejap cuma,
terasa amat cepat.
Terkejar-kejar hati ini
berdansa memegang raut wajah-Nya
tatkala pintu-pintu langit itu terbuka.
Betapa rindunya hati ini pada Dia.
Dia yang meliputi segalanya.
Aku cinta pada-Mu
Izinkan aku mendakap keagungan-Mu
Benarkan lah aku menyampaikan berita gembira
pada mereka yang lupa pada-Mu.
Entah esok atau lusa aku fana dalam dakapan-Mu.
Allahuakhabar.... Allahuakhbar... Allahuakhabar......
Jangan engkau tutup pandangan itu.
Lihat lah aku. Lihat lah aku ada disini.
Bukakanlah hijab itu.
Dinding Sirr yang memberi aku
pandangan makrifat-Mu.....
Dalam tangisan yang tidak bersuara
kita berjanji pada-Nya.
Tangisan yang jatuh
dari helai-helai keinsafan berguguran
di atas sungai kudus.
Lalu diangkat ke langit disemai
dengan zikir-zikir kudus
dan disiram bersama daun-daun pelangi.
Lalu hati kita mula rasa tunduk
dan tunduk pada-Nya.
Sejahat mana pun kita, keampunan itu senantiasa ada.
Maka kita tadah tangan berdoa
seraya merebah diri mengaku Dia lah ALLAH.
Maha Suci Allah. Lihat lah Dia,
kerana Dia dekat dan sedekat urat leher kita.
Dalam kita menuruni lembah-lembah duka,
kita bingkas bangun dan berdoa
kerana Dia senantiasa mendengar
keluhan hati orang-orang yang mukmin.
Pohonlah wahai sahabat-sahabatku.....
dan katakanlah kamu kenal Dia!!azhar a.k.a curasimanjakini
(esasterawan.com)

Friday, July 10, 2009
PAS minta penyokong puasa sunat untuk Manek Urai
PAS minta penyokong puasa sunat untuk Manek Urai
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan agar semua ahli dan penyokong PAS serta semua mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam melakukan puasa sunat pada hari Ahad 12 Julai ini.Pada malamnya, mereka diminta bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai nanti.Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAShari ini.

Monday, July 6, 2009
Friendships Quotes
"The rain may be falling hard outside,But your smile makes it all alright.I'm so glad that you're my friend.I know our friendship will never end." -- Robert Alan
Subscribe to:
Posts (Atom)